Wednesday, September 7, 2016

Mukah Trip - Day 3 : Graduation's Day

Agak lama jugak entry ni tertangguh sebab lupa jalan cerita. Haha. Bila ingatan dah segar baru dapat update. Pukul 4.30am dah bangun, mandi and siap-siap. Hubby masih tido lagi, aku tak nak bangunkan dia dulu sebab dia kalau bersiap sekejap je. Kalau aku ni bersiap boleh tahan gak berjam-jam. Haha perempuan, normal lah kan. Pukul 6am dah gerak ke Politeknik. Sampai je kat sana, misi pertama aku ialah mencari bunga yang ada teddy bear pakai topi konvo. Kalau kaum Iban panggil topi segi haha sebab topi tu kan bentuk segi empat. Satu benda yang aku bersyukur sangat ialah aku dapat masuk dewan tengok hubby naik pentas terima sijil. Seriously aku bersyukur sangat. Mulanya aku ingat aku cuma dapat tengok melalui skrin TV kat luar dewan, macam kat UiTM. Tapi kat Politeknik ni takde skrin TV kat luar. And haritu bapa mentua aku cakap dia tak dapat datang masa konvo hubby sebab takde orang untuk ganti dia kat tempat kerja. So aku agak sedih lah masa tu sebab ahli keluarga hubby yang datang masa konvo cuma aku, mak mentua, abang ipar dan adik ipar je. Malam sebelum nak bertolak dari Miri tu, hubby sakit kepala memikirkan bapa dia tak dapat cuti. Nasib baik aku ni jenis pemujuk, boleh lah aku tenangkan hati dia sikit. Masa kat hotel Royal Inn Mukah, hubby ada kasi dua pass masuk ke dewan untuk aku dan mak mentua. Masa tu baru aku sedar kenapa bapa mentua aku tak ditakdirkan dapat cuti masa konvo hubby. Rupa-rupanya Tuhan nak jadikan impian aku untuk tengok hubby naik pentas jadi kenyataan. Not as a girlfriend anymore, but wife. Memang ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Syukur.




Okay, back to topic. Lepas dah beli bunga (mahal doe, RM65 sejambak), aku dan mak mentua menunggu giliran untuk masuk ke dewan. Sebelum tu, snap-snap dulu hihi








Dalam pukul 8am 7am camtu kot tak silap, orang ramai mula berpusu-pusu masuk dewan. Gila sejuk kat dalam dewan tu sampai tangan aku naik kebas. Majlis start dalam pukul 9am. Sseorang demi seorang nama bakal graduan dipanggil naik ke pentas. Teringat pulak masa aku konvo dulu haha. Kenangam oh kenangan.



 (Handsome laki aku hihi)


Bila giliran nama hubby kena panggil, aku betul-betul fokus bermula dari hubby pijak tangga sebelah pentas tu sampai hubby terima sijil. Aku yang duduk kat bawah tu rasa nak  jerit "Woi, laki aku oi!!!".. Haha. Once Emcee cakap rest 5 minit, aku ngan mak mentua pun keluar dewan untuk mengambil haba panas dari matahari haha sejuk punya pasal. Perut pun dah start jamming, so aku pergi jalan-jalan cari makan. Masa jalan-jalan tu, ada pulak mamat mana ntah yang berjual kat situ cakap "Hai si manis, beli lah kuih kat sini".. Lebih kurang camtu lah ayat dia haha aku pon lupa apa dia cakap. Bila aku cerita kat hubby, mula lah dia jealous haha. Sapa tak sayang bini oi. Nak-nak lagi bini gorgeous meletopz macam aku ni ha. Haha.












Yang teddy cute kat gambar bawah tu ialah hadiah konvo dari aku. Tabung untuk hubby simpan duit beli rumah haha. Flower bouquet tu ada dua kan? Yang takde bunga tapi teddy bear besar tu dari aku. Yang ada bunga and teddy kecik tu pulak dari mak mentua aku. Dua-dua harga RM65. Menyesal aku beli kat Politeknik tu. Kalau aku tahu situ lagi mahal, baik aku beli je kat pasar Mukah. Ada je yang RM40-50. Huhu menyesal. Lepas habis konvo, kami terus balik. Bukan straight ke Miri, kami singgah kejap kat pasar malam Bintulu. Aku beli perfume untuk adik aku and beli Ice blended Cappucino. Sedap nokk! Sampai sekarang aku ingat lagi rasa cappucino tu haha. Dalam pukul 11pm lebih kami sampai kat Miri. Syukur selamat sampai rumah. Lepas dah kemas-kemas, kami zzzzzzz.

Apa-apa pun, congratulations sayang! Dah konvo, kerja kena rajin. Jangan suka sangat mengular (lepak). Haha sayang awak ketat-ketat rapat-rapat padat-padat.

Klik link kat bawah kalau terlepas entry sebelum ni. Happy reading!