Friday, August 19, 2016

Mukah Trip - Day 2 : Mukah

Tak sabar pulak aku nak update entry kali ni sebab nak cerita betapa sakitnya hati aku bila mata baru nak lelap kejap tiba-tiba blackout pulak. Can you imagine, hotel blackout? Haha seumur hidup aku ini lah kali pertama aku duduk hotel, blackout. Kalau satu hotel blackout, takpe gak. Ni bilik kami berdua je yang blackout. Bila hubby terbangun, aku suruh dia panggil pekerja hotel. Tiba-tiba pulak hubby suruh sembunyikan extension dalam beg pakaian. Ohh sekarang baru aku tahu kenapa bilik kami berdua je yang blackout haha rupa-rupanya sebab extension. Lepas pekerja tu dah check semua, dia suruh kami berdua pindah bilik tingkat bawah. Hubby aku sakit hati giler sebab masa tu blackout pukul 12 tengah malam. Ada lagi sejam sebelum nak mandi and siap-siap. Lepas dah pindah bilik, hubby sambung tido. Pukul 1am bangun dan mandi. Masa mandi ni boleh pulak takde air panas. Aduhh! Sakit hati kite nokkk. Terpaksa mandi air sejuk. Hishh tak tahan. Aku ni bukan boleh sejuk sangat, nanti mula lah satu badan gatal-gatal. Tepat pukul 2am kami bertolak ke Mukah. Masa ni aku duduk depan sebab hubby drive. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa 4 jam. Sepanjang perjalanan, aku tak henti-henti makan konon mata supaya tak mengantuk. Last-last tido jugak tanpa pengetahuan hubby haha. Pukul 5.30am dah sampai kat Mukah. Masih gelap lagi, nokk. Aku dah cakap dah kat mak mentua haritu dari Bintulu bertolak pukul 3am tapi dia ajak bertolak pukul 2am. Nak check in hotel yang dah booked pon tak boleh sebab jam check in pukul 1pm. Terpaksa lah tido dalam kereta. 





Pukul 7am baru ada kedai kopi bukak, kami minum-minum dulu. Hubby dah pergi rehearsal dengan member. Pukul 8am kami cuba tanya kat kaunter hotel samada bilik dah kosong ke belum. Nasib baik satu bilik dah kosong dah. Kami pon terus check in dan angkat beg masuk bilik. Bila dah masuk bilik, apa lagi. Masa untuk zzzzzzz. Aku siap tido dengan baju berdouble-double, pastu pakai stoking. Gila sejuk! Btw, kami menginap kat Royal Inn Mukah.






Bila dan bangun tido, aku terus mandi. Hubby pulak baru sampai around pukul 2pm camtu. Kebetulan bilik kami berdua pon dah kosong, so kami angkat beg dan barang-barang ke bilik tu. Dengan tak membuang masa, kami pergi jalan-jalan sebab hubby ada misi mencari necktie. Aku tak tahu pulak dorang kena pakai necktie. Kalau aku tahu, lama dah aku pack necktie tu sekali. Hubby ni ada masalah short-term memory lost sikit. Haha. Sebab tu kalau part packing ni aku tak suka depends on him or others sebab aku tak percaya orang boleh ingat barang apa nak pack. Aku ni paling lambat pun seminggu sebelum nak pergi trip tu aku dah siap-siap buat senarai "Must-Bring Item List". Aku agak cerewet ye dalam hal-hal macam ni. Kita terlebih bawak barang, takpe sebab kita bukan naik flight pon kan.


Okay, back to topic. Habis satu pasar Mukah kitorang pusing semata-mata nak mencari necktie. Akhirnya jumpa jugak necktie, praise be to Lord. Ingatkan kat Mukah ni langsung takde jual necktie. Risau jugak aku sebab esok adalah hari bersejarah. Kang tak memasal tak boleh naik pentas terima sijil just because takde necktie. Mana lah tahu kan. Bila misi dah setel, kami bilik hotel dan rilek-rilek. Maksud aku, hubby je yang rileks sebab malam karang dia pergi dinner pulak. Okay, hubby tido, aku pulak buat apa? Apa lagi, iron baju lah. Haha. Iron tu bukan hotel yang bagi tau! Aku bawak iron tu dari rumah. Haha sebab tu beg pakaian kami berdua dah macam beg pakaian untuk 5 orang. Menyesal aku tak ambik gambar beg bagi korang tengok berapa besar beg aku ngan hubby Haha. 



(Gambar dinner. Aku copy dari member hubby)


Malam lepas hubby dah pergi dinner, aku lepak bilik sebelah. Bukak je pintu bilik, perghhh! Sejuk, nokkk! Macam kat Iceland haha. Dalam hati aku "dorang ni kulit buaya ke apa, tak sejuk ke?".. Haha. Tujuan aku lepak kat bilik dorang ni sebab kat bilik aku tu tiba-tiba pulak lampu buat hal. Berkelip-kelip bila tak dipandang. Bila aku toleh, takde pulak berkelip-kelip. Mula lah otak ni fikir hantu, sebab tu lah aku pergi bilik mak mentua ngan ipar aku haha. Tak lama pastu, hubby sampai. Sekejap je dia dinner, dia tak nak kat sana lama-lama. Mungkin sebab letih. Iye lah, esok nak bangun awal lagi. Tomorrow is a big day for him. Lepas hubby balik tu, kami semua (kecuali abang ipar) sibuk bergambar pakai jubah konvo haha









Lepas dah selesai bergambar, aku dan hubby balik bilik untuk tido. Entry seterusnya akan bersambung yeee. Bagi yang belum baca entry sebelum ni boleh klik kat bawah.




To be continue.......