Wednesday, April 10, 2013

Balik Kampung

Last two weeks (Mac 30, 2013), saya dan keluarga pulang ke kampung ayah. Kampung ayah terletak di Spaoh, Betong. Kami masing-masing membawa sebuah beg pakaian. Al-maklum, masing-masing tak nak berkongsi beg. Saya pulak siap bawak selimut, bear, cookies, novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia", headphone, what else. Masa dalam kereta, saya bisik kat adik "Kalo kereta ni besar, jangan cakap TV, dengan rumah sekali aku angkut bawak balik kampung. HAHA".

(view dari dalam kereta: tak tahu kat mana)

2 jam kemudian, kami sampai di Bintulu dan singgah di Medan untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan, kami pergi ke kedai One Stop Bintulu untuk berjumpa dengan sepupu saya, Merini. Dia bekerja sebagai promoter di kedai tersebut. Dah sekian lama tak jumpa, dia makin kurus sekarang. Saya dapat 'hadiah' hugging dari Merini. Yeayy! I miss her so much. Love you, my dear :)

Okay, back to the topic. Lepas jumpa Merini, saya dan abang pergi ke kedai menjual Video CD. Abang membeli 2 buah CD iaitu Melissa Francis dan Wendy. Oleh kerana ada lagu, saya langsung tak tidur sepanjang perjalanan dari Miri ke Betong. Saya menyanyi, menyanyi dan menyanyi sahaja sehingga saya dah boleh hafal lirik lagu Melissa Francis. Haha ^^

Seterusnya kami singgah di Sibu.

 (Pasar Sibu)

(Salah satu building di Sibu)

(Tol Sibu.
Jangan ingat Semenanjung je ada.
Sarawak pon ada tau! Hee..)

(gambar ni pon nak amek. Haha)

Mak dan Abang nak pergi Pasar Tamu Sibu tersebut untuk membeli barang dapur. Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan. Beberapa jam kemudian, kami tiba di Rumah Panjang Munggu Gernis, Spaoh Betong. Saya teruja giler sebab dah 2 tahun tak balik rumah panjang.

(Church SIB Munggu Gernis)

Church tersebut merupakan satu-satunya Church yang terdapat di situ. Tapi jangan salah faham sebab saya bukan kristian SIB. Saya kristian RC (Roman Catholic), so saya tak pergi church tersebut.

(Rumah Panjang Munggu Gernis)

Granny dan Atok saya sangat gembira melihat kedatangan kami sekeluarga. Malam tersebut, saya dan adik tidur awal sebab esok nak bangun awal untuk pergi ke sawah padi Atok dan Granny. Super excited! ^^



Esoknya (Mac 31, 2013)

Saya dan adik bangun pada pukul 8am. Saya dengan mata yang berat terpaksa bangun jugak, sebab tak nak Granny bising. Lepas dah bersiap, kami pergi ke pasar Betong untuk sarapan dan berjalan-jalan di sana. Keadaan pasar masih tak berubah, cuma ada kemajuan dari segi pembersihan dan view bertambah cantik.

(cantik tak?
Dah edit, of course lah cantik kann. HAHA.
Tapi sebelum edit pon cantik gak.
Kalo tak caya, meh lah datang ke Betong)

(view di Pasar Daerah Betong)

Lepas balik dari Pasar Betong, Atok dan Granny ajak pergi sawah padi. Inilah first time saya pergi sawah padi. Dulu kalau orang ajak pergi sana, jangan harap lah saya nak ikot. Well, dulu gegurl sikit. Langsung tak boleh kena panas. Al-maklum Puteri Lilin. Haha. Masa kami pergi ke sawah, hari hujan pulak. Rahmat Tuhan :) Mengada sangat cuaca masa tu.

(pondok Atok dan Granny kat sawah)

(Nampak Granny saya? Sebelah tu Abang saya)

(Sawah padi yang dah layu sebab banjir, plus hujan)

Okay guys, here's a video yang saya amek sepanjang perjalanan ke sawah padi. Kalau sudi, tengok lah tapi minta sorry ye sebab dalam video tu kami sekeluarga speaking Iban + Melanau. Sorry kalau tak faham :)